Sunday, August 5, 2012

Dermasiswa Tunku Abdul Rahman 2012



Dermasiswa yang diberi nama Dermasiswa Tunku Abdul Rahman ini diwujudkan untuk mengekalkan ingatan rakyat Malaysia kepada keperibadian mulia Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama yang amat mengambil berat dengan nasib rakyat yang kekurangan.
Penerima Dermasiswa Tunku Abdul Rahman ini dipilih daripada graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) dalam negara yang berasal daripada golongan miskin.



Syarat-syarat Permohonan

(a) Syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Tamat pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda IPT tempatan dalam negara di antara 1 Oktober 2011 hingga 30 September 2012.
(iii) Berlatarbelakang keluarga miskin.

(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum

(i) Memperoleh keputusan cemerlang Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK / CGPA 3.50 atau lebih.
(ii) Memiliki kualiti kepimpinan dan penyertaan yang cemerlang / aktif dalam ko-kurikulum.

Kadar Dermasiswa

Amaun dermasiswa dan bilangan penerima akan ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR. Sumbangan akan diberi dalam bentuk pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
PENGESAHAN PENDAPATAN KELUARGA
Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan) yang benar-benar mengenali keluarga pemohon.

Cara-cara memohon

Permohonan perlu dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Dermasiswa Tunku Abdul Rahman. Semua permohonan mesti dibuat dengan sokongan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti anda.Jika tidak ia akan ditolak.Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke :
Yayasan Tunku Abdul Rahman
A-10-10, Menara UOA Bangsar,
59000 Bangsar,
Kuala Lumpur.
Tel: 03-22836063/6073
Faks: 03-2283605
Emel: yayasantar@gmail.com

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan : 30 September 2012
Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.

Muat turun borang 

 



 

Sumber : Dermasiswa Tunku Abdul Rahman 2012

 


No comments:

Post a Comment