Wednesday, April 27, 2011

6 Persimpangan Yang Berdepan Dengan Manusia



Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.
Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Sedikit tazkirah dan peringatan kepada semua termasuk saya sendiri sebagai manusia yang mudah lupa
Semoga hari ini lebih baik dari semalam



Wednesday, April 6, 2011

Lepak Dengan Artis Jap..





Kenal sape nie??
Mestilah korang kenal kan..
Nak citer ikit..
Pada satu hari, saya bekerja shift malam di sebuah stsen minyak PETRONAS di Kuala Terengganu.
Dalam kul 2.30 pagi, datang seorang lelaki nak beli topup..eheh..cam kenal jer(berkata dalam hati)..tapi kat ane eh..
Lama2 ikit..baru teringat yang beliau ialah juara AF4..
Suka lah leh jumpe ngan orang Ganu yang jadi juara..haha..
Lepak lah ngan die jap..sembang ikit2..


peace..






Monday, March 28, 2011

Ranking SBP SPM 2010





result SPM dah kluar dah...ALHAMDULILLAH dan bersyukur sangat kpd ALLAH kerana saya telah mendapat STRAIGHT A in SPM 2010..9A..
4A+,4A and 1A-..
Jom tengok rangking SBP SPM 2010..
ALHAMDULLLAH sekali lagi kerana sekolah kesayang saya
telah meningkat dengan mendadak..SEKOLAH MENENGAH SAINS DUNGUN.
Seramai 33 orang straight A..






Ranking SBP SPM 2010


SM SAINS TUANKU MUNAWIR (0.8931)

SBP INTEGRASI GOMBAK (1.1425)
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (1.1450)
SM SAINS ALAM SHAH (1.2403)
SEKOLAH TUN FATIMAH (1.2837)
SBP INTEGRASI RAWANG (1.3408)
SM SAINS KUALA TERENGGANU (1.3638)
SM SAINS SERI PUTERI (1.4223)
SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (1.4415)
SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.5026)
SM SAINS SULTAN ISKANDAR (1.5322)
SM SAINS MUAR (1.5361)
SBP INTEGRASI JEMPOL (1.5429)
SM SAINS KUALA SELANGOR (1.5612)
SBP INTEGRASI SABAK BERNAM (1.6081)
KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR – MCKK (1.6257)
SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK (1.6884)
SM SAINS HULU SELANGOR (1.6907)
SBP INTEGRASI TEMERLOH (1.7073)
SM SAINS MUZAFFAR SYAH (1.7079)
SM SAINS JOHOR (1.7483)
SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU (1.7595)
SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.7656)
SM SAINS SELANGOR (1.8433)
KOLEJ TUNKU KURSHIAH (1.8439)
SEKOLAH SERI PUTERI (1.8475)
SM SAINS KUCHING (1.8585)
SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG (1.8662)
SBP INTEGRASI KUBANG PASU (1.8702)
SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK (1.881)
SBP INTEGRASI SELANDAR (1.9021)
SBP INTEGRASI GOPENG (1.9412)
SM SAINS KOTA TINGGI (1.9496)
SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (1.9625)
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (2.0082)
SM SULTAN ABDUL HALIM (2.0381)
SM SAINS DUNGUN (2.1042)
SM SAINS BAGAN DATOH (2.1256)
SBP INTEGRASI KUANTAN (2.1612)
SM SAINS SABAH (2.1704)
SM SAINS KEPALA BATAS (2.1892)
SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (2.2107)
SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH (2.213)
SM SAINS TUANKU JA`AFAR (2.231)
SM SAINS TELUK INTAN (2.249)
SM SAINS SULTAN MAHMUD (2.2513)
SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH (2.254)
SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA (2.291)
SM SAINS POKOK SENA (2.3001)
SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN (2.3114)
SM SAINS LABUAN (2.3266)
SM SAINS MIRI (2.3266)
SM SAINS MACHANG (2.3315)
SM SAINS KUBANG PASU (2.4137)
SM SAINS LAHAD DATU (2.4497)
SM SAINS PASIR PUTEH (2.49


thank to farahanim..







Thursday, March 24, 2011

Terengganu kekal cemerlang SPM



Oleh : AIDA ABD RAHMAN

Terengganu terus melakar kecemerlangan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan serentak hari ini, apabila gred purata negeri mencapai 5.03 bagi 2010 berbanding 5.17 tahun sebelumnya.

Pengecilan nilai gred purata negeri menunjukkan prestasi keseluruhan meningkat. Malah, peratusan calon yang memperolehi A ( kombinasi A+, A dan A-) dalam semua subjek yang diambil meningkat 0.5 peratus daripada 1.31 peratus (283 calon) pada 2009 kepada 1.88 peratus (405 calon).

Selain itu, peningkatan juga direkodkan dalam peratusan calon yang lulus semua subjek, iaitu 2.96 peratus daripada 53.58 peratus (11,601 calon) pada 2009 kepada 56.54 peratus (12,182 calon).

Pengarah Pelajaran Terengganu, Encik Razali Daud, berkata bilangan pelajar yang memperolehi keseluruhan A atau Gred Cemerlang Tertinggi (A+) juga menunjukkan peningkatan ketara daripada hanya lima pelajar pada 2009 melonjak kepada 17 pelajar pada 2010.

Daripada 17 pelajar, empat daripadanya merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring, tiga pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman (Kuala Terengganu dan dua pelajar masing-masing dari Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu dan SMK Sultan Ismail 2 (Kemaman).

Sementara enam pelajar lagi, masing-masing seorang daripada SMA Atas Sultan Zainal Abidin, SMK Tengku Lela Segara (Marang), SMK Lemmbah Bidong ( Setiu), SM Sains Sultan Mahmud (Kuala Terengganu), SMK Rantau Petronas (Kemaman); SMK Tengku Mahmud, Besut.
“Peratus calon yang mendapat minimum C dalam semua subjek yang diambil meningkat sebanyak 0.83 peratus daripada 15.52 peratus (3,361 calon) pada 2009 kepada 16.35 peratus (3,523 calon).

“Selain itu, daripada 72 subjek yang diambil oleh calon SPM, sebanyak 49 subjek menunjukkan peningkatan dari segi gred purata berbanding hanya 33 subjek pada 2009,” katanya ketika mengumumkan keputusan SPM peringkat Terengganu, di SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu, hari ini (23 Mac).

Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Beliau yang pertama kali meluangkan masa di majlis pengumuman peperiksaan awam negeri, kemudiannya menyampaikan komputer riba kepada 17 pelajar cemerlang yang memperolehi keseluruhan A dengan diiringi ibu bapa masing-masing.

Di akhir majlis, Dato’ Seri Haji Ahmad dan Encik Razali menerima kad ucapan tahniah sempena kecemerlangan SPM 2010 daripada ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Haji Zubir Embong sebelum mereka menurunkan tandatangan pada kain rentang yang memaparkan kejayaan peperiksaan keputusan itu.

Encik Razali berkata, secara keseluruhannya keputusan bagi sekolah seluruh Terengganu sangat memberangsangkan dengan peningkatan dari segi lulus C, lulus subje, jumlah subjek yang meningkat dari gred mata pelajaran dan nilai gred purata negeri berbanding 2009.

“Sehubungan itu, saya bagi pihak JPNT mengucapkan tahniah kepada semua calon, ibu bapa, pengetua, guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, semua warga JPNT dan pejabat pelajaran daerah serta tidak ketinggalan kepada pemimpin negeri, YAB Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said serta semau pihak yang memberi sokongan dan komitmen melalui Program pendidikan Terengganu Terbilang,” katanya.

Unit Komunikasi Negeri