Pemohon biasiswa untuk Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia kini dibuka kepada pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2013. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2012.
Jurusan
Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) :Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.
a) Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :
Jurusan Sains (M001)
- C Bahasa Melayu
- C Bahasa Inggeris
- B Matematik
- C Matematik Tambahan
- C Kimia
- C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :
- Fizik
- Biologi
Jurusan Perakaunan (M003)
- C Bahasa Melayu
- C Bahasa Inggeris
- C Matematik
- C dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi Asas
- Keusahawanan
- Perdagangan
- Sains Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan
- E Matematik Tambahan
Aliran Teknikal (M007)
- C Bahasa Melayu
- C Bahasa Inggeris
- B Matematik
- C Matematik Tambahan
- C Fizik
- C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :
Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan - E Kimia
- B Lukisan Kejuruteraan
No comments:
Post a Comment