Ibuku selalu bertanya
padaku apa bahagian tubuh yang paling penting.
Bertahun-tahun, aku selalu
meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.
Ketika aku muda, aku fikir
suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab,
"Telinga, Bu."
Jawab Ibuku, "Bukan.
Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah
memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."
Selang
beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini
aku yakin jawapan kali ini pasti benar.
Jadi,
kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang,
jadi pastilah mata kita."
Dia
memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih
salah kerana ramai orang yang buta."
Gagal
lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu
terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi,
kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku."
Akhirnya
tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis.
Bahkan,
ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku
melihatnya menangis.
Ibuku
memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datok.
Dia bertanya padaku,
"Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting,
sayang?"
Aku
terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini
hanyalah permainan antara Ibu dan aku.
Ibu
melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini
penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar
"hidup".
Untuk
semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu
salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa.
Tapi,
hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat
penting."
Dia
memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh
dengan airmata.
Dia berkata,
"Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."
Aku
bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?"
Ibu
membalas, "Bukan, tapi kerana bahu
dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka
menangis.
Kadang-kadang
dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis.
Aku
cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu
mempunyai bahu untuk menangis bila- bila pun kamu memerlukannya."
Akhirnya,
aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan
diri sendiri.
Tetapi, simpati terhadap
penderitaan yang dialami oleh orang lain.
Orang
akan melupakan apa yang kamu katakan.
Orang
akan melupakan apa yang kamu lakukan.
Tetapi, orang tidak akan
pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.
Just because the past is
painful, Doesn't mean the future will be. So never let events from the past,
Change the events for
future, or You will be miserable forever…
No comments:
Post a Comment