Sunday, January 6, 2013

Tawaran Hadiah Persekutuan(HLP) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Sesi 2013


Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bermaksud perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM). Pegawai-pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat kearah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
Tawaran Hadiah Persekutuan(HLP) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Sesi 2013 DETAILS
Scholarship Criteria
1. Syarat Umum
i)
Warganegara Malaysia;
ii)
Pegawai berumur tidak melebihi 43 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran dan 45 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana pada 1 Januari 2013;
iii)
Pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun (lantikan PPPS selewat-lewatnya 1 Januari 2009) ;
iv)
Telah disahkan dalam skim perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
v)
Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun dalam skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2009, 2010 dan 2011). Penilaian setahun LNPT mestilah genap 12 bulan. Sekiranya tuan/puan pernah diluluskan Cuti Belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti Belajar ;
vi)
Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
vii)
Memiliki syarat kelayakan akademik berikut :
Peringkat PengajianKelulusan PNGK atau setarafTempoh Minimum
Pengalaman Bekerja di
Peringkat P & P
(pada 1 Januari 2012)
Sarjana MudaSarjana
Sarjana2.50-2.99Tidak Berkaitan5 Tahun
3.00 dan ke atas3 Tahun
Ph.D2.50-2.99Lulus5 Tahun
3.00 dan ke atas3 Tahun
viii)
Memiliki ijazah Sarjana tidak kurang dari satu tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran dan tiga tahun bagi Ijazah Sarjana Muda bagi pengajian peringkat Sarjana;
ix)
Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;
x)
Bersih daripada perrtuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;
xi)
Telah mengisytiharkan harta;
xii)
Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain.
2. Syarat Khusus
i)
Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian/kursus yang ditawarkan sahaja;
ii)
Calon-calon dikehendaki mengemukakan Kertas Cadangan Pengajian (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) mengikut panduan di LAMPIRAN D. Kertas Cadangan ini perlu dikemukakan bersama-sama dengan dokumen permohonan online;
iii)
Tempat pengajian adalah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara yang diiktiraf oleh JPA;
iv)
Bagi peringkat Sarjana, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis (Mod campuran) sahaja;
v)
Kementerian berhak membuat pindaan terhadap senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan;
vi)
Tempoh Cuti Belajar bagi peringkat Kedoktoran adalah selama 36 bulan (maksimum) dan 24 bulan (maksimum) bagi peringkat Sarjana;
vii)
Calon-calon hanya layak membuat satu permohonan sahaja sama ada HLP atau CBBP TB dalam tahun yang sama. Kementerian berhak menukar pencalonan HLP kepada CBBP TB (sekiranya perlu);
viii)
Pegawai dan ahli keluarga bebas daripada sebarang penyakit kronik seperti di Lampiran E; dan
ix)
Pegawai yang telah ditawarkan CBBP TB tidak layak memohon.
3. Syarat Tambahan Bagi Permohonan Ke Luar Negara
i)
Tawaran ini hanya terbuka kepada Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Am Pengajian Peringkat Kedoktoran sahaja;
ii)
Telah lulus ujian Bahasa Inggeris skor minimum sama ada TOEFL 600 (Paper-Based) atau 240 (Computer-Based) atau 90 (Internet-Based) atau ILETS 6.5 semasa mengemukakan permohonan. Walaubagaimanapun, bagi calon yang sedang/akan menduduki ujian ini, semua slip keputusan perlu dikemukakan semasa menghadiri temuduga.
Syarat ini adalah untuk kemasukan ke semua universiti di luar negara (termasuk negara-negara bukan berbahasa Inggeris). Hanya ujian Bahasa Inggeris yang diambil pada atau selepas 30 November 2011; dan
iii)
Telah lulus Program Transformasi Pegawai Ke Luar Negara anjuran Biro Tatanegara.
Field of Study Any fields offered by the University
Scholarship PackageNot stated
How To Apply
Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Selangor
Tel: 03-83217100/7144/7145/7140/7138/7137/7136
Faks: 03-83217103
Closing DateOngoing

No comments:

Post a Comment