Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bermaksud perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM). Pegawai-pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat kearah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
| Tawaran Hadiah Persekutuan(HLP) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Sesi 2013 DETAILS |
| Scholarship Criteria |
| 1. Syarat Umum |
|
| i) |
Warganegara Malaysia;
|
| ii) |
Pegawai berumur tidak melebihi 43 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran dan 45 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana pada 1 Januari 2013;
|
| iii) |
Pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun (lantikan PPPS selewat-lewatnya 1 Januari 2009) ;
|
| iv) |
Telah disahkan dalam skim perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
|
| v) |
Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun dalam skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2009, 2010 dan 2011). Penilaian setahun LNPT mestilah genap 12 bulan. Sekiranya tuan/puan pernah diluluskan Cuti Belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti Belajar ;
|
| vi) |
Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
|
| vii) |
Memiliki syarat kelayakan akademik berikut :
| Peringkat Pengajian | Kelulusan PNGK atau setaraf | Tempoh Minimum Pengalaman Bekerja di Peringkat P & P (pada 1 Januari 2012) |
| Sarjana Muda | Sarjana |
| Sarjana | 2.50-2.99 | Tidak Berkaitan | 5 Tahun |
| 3.00 dan ke atas | 3 Tahun |
| Ph.D | 2.50-2.99 | Lulus | 5 Tahun |
| 3.00 dan ke atas | 3 Tahun |
|
| viii) |
Memiliki ijazah Sarjana tidak kurang dari satu tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran dan tiga tahun bagi Ijazah Sarjana Muda bagi pengajian peringkat Sarjana;
|
| ix) |
Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;
|
| x) |
Bersih daripada perrtuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;
|
| xi) |
Telah mengisytiharkan harta;
|
| xii) |
Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain.
|
| 2. Syarat Khusus |
|
| i) |
Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian/kursus yang ditawarkan sahaja;
|
| ii) |
Calon-calon dikehendaki mengemukakan Kertas Cadangan Pengajian (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) mengikut panduan di LAMPIRAN D. Kertas Cadangan ini perlu dikemukakan bersama-sama dengan dokumen permohonan online;
|
| iii) |
Tempat pengajian adalah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara yang diiktiraf oleh JPA;
|
| iv) |
Bagi peringkat Sarjana, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis (Mod campuran) sahaja;
|
| v) |
Kementerian berhak membuat pindaan terhadap senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan;
|
| vi) |
Tempoh Cuti Belajar bagi peringkat Kedoktoran adalah selama 36 bulan (maksimum) dan 24 bulan (maksimum) bagi peringkat Sarjana;
|
| vii) |
Calon-calon hanya layak membuat satu permohonan sahaja sama ada HLP atau CBBP TB dalam tahun yang sama. Kementerian berhak menukar pencalonan HLP kepada CBBP TB (sekiranya perlu);
|
| viii) |
Pegawai dan ahli keluarga bebas daripada sebarang penyakit kronik seperti di Lampiran E; dan
|
| ix) |
Pegawai yang telah ditawarkan CBBP TB tidak layak memohon.
|
| | |
| 3. Syarat Tambahan Bagi Permohonan Ke Luar Negara |
| | |
| i) |
Tawaran ini hanya terbuka kepada Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Am Pengajian Peringkat Kedoktoran sahaja;
|
| ii) |
Telah lulus ujian Bahasa Inggeris skor minimum sama ada TOEFL 600 (Paper-Based) atau 240 (Computer-Based) atau 90 (Internet-Based) atau ILETS 6.5 semasa mengemukakan permohonan. Walaubagaimanapun, bagi calon yang sedang/akan menduduki ujian ini, semua slip keputusan perlu dikemukakan semasa menghadiri temuduga. Syarat ini adalah untuk kemasukan ke semua universiti di luar negara (termasuk negara-negara bukan berbahasa Inggeris). Hanya ujian Bahasa Inggeris yang diambil pada atau selepas 30 November 2011; dan
|
| iii) |
Telah lulus Program Transformasi Pegawai Ke Luar Negara anjuran Biro Tatanegara.
|
|
| Field of Study | Any fields offered by the University |
| Scholarship Package | Not stated |
| How To Apply |
| Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut: |
|
Setiausaha Bahagian
|
Bahagian Tajaan Pendidikan
|
Kementerian Pelajaran Malaysia
|
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
|
63000 Cyberjaya
|
Selangor
|
|
Tel: 03-83217100/7144/7145/7140/7138/7137/7136 Faks: 03-83217103
|
|
| Closing Date | Ongoing |
No comments:
Post a Comment