Felda Global Ventures Holding Berhad (FVGH) mempelawa pemohon-pemohon yang layak untuk memohon Biasiswa Felda Global Ventures 2013 bagi mengikuti pengajian di universiti ternama di luar negara di dalam bidang seperti berikut :
- Kejuruteraan
- Bioteknologi
- Perakaunan
- Kewangan
- Teknologi Maklumat
- Pemasaran Antarabangsa
Kelayakan Akademik
1. Kejuruteraan dan Bioteknologi | ||
Kelayakan Akademik: | ||
| ||
2. Perakaunan, Kewangan, Teknologi Maklumat dan Pemasaran Antarabangsa | ||
Kelayakan Akademik: | ||
|
Terma dan Syarat
- Jawatankuasa Pemilihan Felda Global Ventures Holdings Berhad berhak memilih calon-calon yang layak dan semua keputusan adalah muktamad.
- Pemilihan kursus adalah terhad kepada jurusan yang ditawarkan dan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan.
- Jawatankuasa Pemilihan berhak untuk meminda/menukar kriteria kelayakan bilamana perlu.
- Calon-calon yang tidak layak, permohonan yang tidak lengkap dan permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
Cara Memohon
- Permohonan perlu dibuat secara online melalui laman web http://www.feldaglobal.com/
- Permohonan secara online ini dibuka sehingga 7 April 2013.
- Setiap pemohon mestilah mempunyai emel peribadi masing-masing.
- Permohonan perlu dibuat secara online sepenuhnya dengan klik menu PERMOHONAN BIASISWA di bahagian kiri, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
- Borang permohonan yang lengkap diisi dan dihantar perlu dicetak dan ditandatangani serta dibawabersama semasa menghadiri sesi temuduga.
- Pemohon yang dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal serta salinan dokumen yang telah disahkan iaitu kad pengenalan, slip SPM 2012, sijil-sijil akademik, sijil-sijil ko-kurikulum, sijil kelahiran, kad pengenalan ibu dan bapa, borang EA atau slip gaji ibu dan bapa serta sekeping gambar berukuran pasport.
- Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel.
Tarikh Tutup
Permohonan untuk Biasiswa Felda Global Ventures 2013 akan ditutup pada 7 APril 2013.
Closing Date
The UEM Scholarships (overseas) is now open for application from 24 March to 7 April 2013.
The UEM Scholarships (overseas) is now open for application from 24 March to 7 April 2013.
Scholarship Provider Info
Email :
Phone :
Alamat : Ketua Pengambilan dan Perhubungan Universiti, Felda Global Ventures Holdings Berhad, Tingkat 42,, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, 50088,Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment