Wednesday, February 20, 2013

Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara Sesi 1/2013 Untuk Peringkat Ijazah Pertama




Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara Sesi 1/2013 Untuk Peringkat Ijazah Pertama telah dibuka. Semua permohonan perlu dibuat sebelum 28 Februari 2013.
Permohonan kemudahan pinjaman ini dibuka dua sesi setahun seperti berikut:
  • Sesi Pertama – Permohonan dibuka pada 6 Februari dan ditutup pada 28 Februari.
  • Sesi Kedua – Permohonan dibuka pada 1 Julai dan ditutup pada 31 Julai.
Jenis-Jenis Pinjaman
Jenis-jenis pinjaman yang tawarkan adalah seperti berikut:-
  • Pinjaman Khas Perubatan :P injaman ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian dalam Bidang-Bidang Kritikal seperti bidang Perubatan dan Pergigian.  Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini boleh dikecualikan daripada membayar balik pinjaman tersebut sekiranya pelajar dilantik dan bersetuju mengikat kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 10 tahun selepas menamatkan pengajian dengan jayanya.
  • Pinjaman Biasa : Pinjaman ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian dalam Bidang-Bidang Keutamaan dan Bidang-Bidang Lain.  Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki untuk membayar balik keseluruhan setelah menamatkan pengajian.
Syarat-syarat Lain Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara Sesi 1/2013
Syarat-syarat lain permohonan perlu dibaca di esila2.jpa.gov.my
Cara-cara memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara online di www.jpa.gov.my atau di Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my/
Tarikh tutup
Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Februari 2013.

No comments:

Post a Comment