Saturday, March 5, 2011

8 Keistimewaan Wanita







FAKTA
1.Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : ''Ibu lebih penyayang daripada ayah dan doa orang penyayang tidak akan dipersia-siakan"

2.Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3.Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seperti orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4.barang siapa yang membawa hadiah (barangan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku(Rasulullah) di dalam Syurga.

6.Barang siapa yang mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7.Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka".

8.Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.Apabila ibu bapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

sumber ; akhbar I LUV ISLAM edisi 51.

KESIMPULAN

  • Jadilah wanita yang baik.
  • Ikutilah jalan agama.

HARAPAN

  • Semua wanita dapat berubah ke arah lebih baik.





No comments:

Post a Comment