Tuesday, April 20, 2010

Bagaimana Rasulullah s.a.w menjaga kesihatan baginda?










Bagaimana Rasulullah s.a.w menjaga kesihatan baginda? Kali ni perkongsian ilmu yang saya perolehi daripada artikel Ustaz zawawi yang bagi saya amat berbaloi jika dapat ditulis untuk entri kali ni.Berikut adalah antara amalan Nabi yang amat praktikal kita sebagai umat Islam untuk melakukannya.

  • Selalu Bangun Sebelum Subuh
 Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh bagi melaksanakan solat sunat serta solat subuh secara berjemaah. Hal ini memberikan hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

  • Sentiasa Menjaga Kebersihan
Rasulullah s.a.w sentiasa bersih dan rapi. setiap khamis atau jumaat Baginda akan mencuci rambut halus dipipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi

“Mandi pada hari jumaat adalah sangat dituntutbagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman” (HR Muslim)

  • Tidak pernah makan berlebihan
Sabda baginda ” Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu kenyang (tidak sampai kekenyangan),”(Mutafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda; sepertiga untuk udara; sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khas bagi umat Islam iaitu berpuasa pada bulan Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

Saya berharap agar rakan rakan semua boleh mengambilnya sebagai panduan cara pemakan untuk lebih sihat.






1 comment: