Saturday, August 4, 2012

Manfaatkan Ramadan Dengan Jadual Ini


 4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:
 “Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi

1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.



7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia. 
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja

12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!
 

6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :
“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :
"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

 Petronas' 14 minute Raya film - Strangers
It's Ramadhan everywhere, not just in Malaysia..

Tera Copy Pro 2.2











TeraCopy adalah satu aplikasi perisian untuk Microsoft Windows yang direka untuk digunakan untuk memindahkan atau menyalin fail komputer. Sebagai alternatif kepada operasi salinan asli dalam Windows, ia direka untuk menjadi lebih cepat dan mempunyai fungsi yang lebih daripada alat asli.

TeraCopy menggunakan dinamik diselaraskan penampan untuk mengurangkan kali Seek. Salinan kelajuan tak segerak sehingga pemindahan fail antara dua pemacu keras fizikal. Proses boleh dihentikan sementara atau dilanjutkan.

Dalam kes kesilapan pemindahan, TeraCopy akan cuba beberapa kali selepas itu, ia akan melangkah fail rosak dan perolehan dengan seluruh operasi. TeraCopy juga menunjukkan pemindahan fail gagal dan membolehkan pengguna untuk menetapkan masalah dan recopy fail yang bermasalah.

TeraCopy boleh menggantikan salinan Explorer dan fungsi langkah. Penulis menegaskan bahawa ia mempunyai sokongan Unicode penuh.




Google Chrome For Free









 Google Chrome adalah pelayar web perisian percuma yang dibangunkan oleh Google yang menggunakan enjin susun atur WebKit. Ia pertama kali dilepaskan sebagai versi beta untuk Microsoft Windows pada September 2, 2008, dan pembebasan yang stabil awam adalah pada 11 Disember 2008. Sehingga Jun 2012, Google Chrome mempunyai saham 32,76% penggunaan pelayar web di seluruh dunia, menjadikannya pelayar web yang paling banyak digunakan, mengikut StatCounter

Friday, May 25, 2012

Test IQ




Assalamualaikum..rase nak share plak hari ini..sape2 rase ade IQ tinggi..boleh la try soalan2 dalam buku nie. Kalau boleh jawab memang comfirm bijak la tu. Good Luck.

Lawak Kampus For Free





Assalamualaikum..dah lame x update blog nie..huhu..busy giler..
Ok , hari nak share Lawak Kampus...sape2 bosan tu boleh la bace..komfirm gelak punye.:)


Wednesday, April 27, 2011

6 Persimpangan Yang Berdepan Dengan Manusia



Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.
Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Sedikit tazkirah dan peringatan kepada semua termasuk saya sendiri sebagai manusia yang mudah lupa
Semoga hari ini lebih baik dari semalam



Wednesday, April 6, 2011

Lepak Dengan Artis Jap..





Kenal sape nie??
Mestilah korang kenal kan..
Nak citer ikit..
Pada satu hari, saya bekerja shift malam di sebuah stsen minyak PETRONAS di Kuala Terengganu.
Dalam kul 2.30 pagi, datang seorang lelaki nak beli topup..eheh..cam kenal jer(berkata dalam hati)..tapi kat ane eh..
Lama2 ikit..baru teringat yang beliau ialah juara AF4..
Suka lah leh jumpe ngan orang Ganu yang jadi juara..haha..
Lepak lah ngan die jap..sembang ikit2..


peace..






Monday, March 28, 2011

Ranking SBP SPM 2010





result SPM dah kluar dah...ALHAMDULILLAH dan bersyukur sangat kpd ALLAH kerana saya telah mendapat STRAIGHT A in SPM 2010..9A..
4A+,4A and 1A-..
Jom tengok rangking SBP SPM 2010..
ALHAMDULLLAH sekali lagi kerana sekolah kesayang saya
telah meningkat dengan mendadak..SEKOLAH MENENGAH SAINS DUNGUN.
Seramai 33 orang straight A..






Ranking SBP SPM 2010


SM SAINS TUANKU MUNAWIR (0.8931)

SBP INTEGRASI GOMBAK (1.1425)
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (1.1450)
SM SAINS ALAM SHAH (1.2403)
SEKOLAH TUN FATIMAH (1.2837)
SBP INTEGRASI RAWANG (1.3408)
SM SAINS KUALA TERENGGANU (1.3638)
SM SAINS SERI PUTERI (1.4223)
SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (1.4415)
SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.5026)
SM SAINS SULTAN ISKANDAR (1.5322)
SM SAINS MUAR (1.5361)
SBP INTEGRASI JEMPOL (1.5429)
SM SAINS KUALA SELANGOR (1.5612)
SBP INTEGRASI SABAK BERNAM (1.6081)
KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR – MCKK (1.6257)
SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK (1.6884)
SM SAINS HULU SELANGOR (1.6907)
SBP INTEGRASI TEMERLOH (1.7073)
SM SAINS MUZAFFAR SYAH (1.7079)
SM SAINS JOHOR (1.7483)
SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU (1.7595)
SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.7656)
SM SAINS SELANGOR (1.8433)
KOLEJ TUNKU KURSHIAH (1.8439)
SEKOLAH SERI PUTERI (1.8475)
SM SAINS KUCHING (1.8585)
SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG (1.8662)
SBP INTEGRASI KUBANG PASU (1.8702)
SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK (1.881)
SBP INTEGRASI SELANDAR (1.9021)
SBP INTEGRASI GOPENG (1.9412)
SM SAINS KOTA TINGGI (1.9496)
SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (1.9625)
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (2.0082)
SM SULTAN ABDUL HALIM (2.0381)
SM SAINS DUNGUN (2.1042)
SM SAINS BAGAN DATOH (2.1256)
SBP INTEGRASI KUANTAN (2.1612)
SM SAINS SABAH (2.1704)
SM SAINS KEPALA BATAS (2.1892)
SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (2.2107)
SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH (2.213)
SM SAINS TUANKU JA`AFAR (2.231)
SM SAINS TELUK INTAN (2.249)
SM SAINS SULTAN MAHMUD (2.2513)
SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH (2.254)
SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA (2.291)
SM SAINS POKOK SENA (2.3001)
SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN (2.3114)
SM SAINS LABUAN (2.3266)
SM SAINS MIRI (2.3266)
SM SAINS MACHANG (2.3315)
SM SAINS KUBANG PASU (2.4137)
SM SAINS LAHAD DATU (2.4497)
SM SAINS PASIR PUTEH (2.49


thank to farahanim..