- Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
- Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
- Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
- Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
- Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
- Selepas masuk waktu Asar.
- Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.
BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
- Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
- Merosakkan warna kulit.
- Melemahkan jantung.
- Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
- Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
- Melemahkan kecerdasaan akal.
CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
- Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
- Hindarkan dari tidur lewat malam.
- Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
- Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
- Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
- Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.